Friday, August 28, 2009

C.I.N.T.A


Cinta dan persahabatan satu perkataan dan maksud berbeza dan definasinya. Namun mampukah ia bergerak seiringan dan selari? Persahabatan tidak mengenal jantina begitu juga cinta tidak ada istilah jantina, kaum atau bangsa dalam keduanya. Mampukah persahabatan dan cinta berlaku serentak. Bolehkah kawan dikatakan cinta dan cinta dikatakan kawan. Kita tidak boleh membenarkan keduanya belaku serentak kerana cinta kita adalah individu yang paling istimewa dalam hidup dan senantiasa cinta kita mendapat hak keistimewaan dalam diri kita walaupun persahabatan adalah individu yang agak istimewa. Perbezaan cinta dan persahabatan adalah sesuatu yang jauh perbezaanya sekiranya keduanya dirungkai.
Sepanjang 22 tahun hidup aku dalam dunia yang fana ini aku tidak pernah sekalipun bercinta samada dengan lelaki mahupun wanita sepertimana rakan2 aku yang lain. Sering kali jugak soalan bodoh ini ditanya kepada aku dan kadang2 sukar juga untuk aku menjawab setiap pertanyaan ini. Cinta bukan tak pernah hadir dalam hidup aku malah brkali-kali tapi begitu sukar untuk aku menerima cinta yang hadir.

Friday, May 22, 2009

KELAM DAN KABUR


Dari pada terus aku memikirkan tentang nilai-nilai persahabatan yang gila ne adalah lebih baik untuk aku memikirkan masa depan aku, haluan tuju aku, family tercinta, dan karier yang aku ada…
Teringat ayat asrafuddin ‘tah kemana arah tujuanku’ aku rasa aku perlukan ayat ne coz sekarang pun asraff dah ada arah tujuan coz dia dah kerja kerajaan tapi aku tah kemana nak pergi? Best kawan gan asraff klau gan dia boleh bincang tentang masa depan, nak buat business apa, macam-macam kita org berangan since sekolah sampai lah sebelum dia ke navy. Tak salah berangan tah2 jadi kenyaatan aku gan dia gak yang kaya.
Yang aku pikirkan sekarang ialah masa depan yang terjamin sentiasa ada duit tak yah nak minta kat sapa2 kalau susah…..

Monday, May 18, 2009

HATI YANG HILANG


Tabah itu lah kata-kata yg hari-hari aku ucapkan untuk menempuh hari aku.. Knapa nak tabah kenapa nak ucapkan?
Kerana aku dah hilang kawan, bosan, bosan rasanya, kini aku rasa aku btui-btui hilang kawan. Ya kawan.. kawan yg pernah sanjung aku ketika dulu, yang kemana mereka pergi nak aku bersama mereka, yang x pernah tinggal aku kemana mereka pergi, yang tak pernah berahsia walauapa pun…sentiasa menganggap aku sebahagian dari hidup mereka… menjaga hati aku.. sentiasa bersusah senang bersama aku… tapi kini mereka dah hilang dari hati aku… walaupun mereka tak pernah hilang dari pandangan aku…aku kini sendiri……

Thursday, May 7, 2009

HILANG


PERSAHABATAN UMPAMA JANJI,
YANG DILAFAZKAN DI DLM HATI…..
TAK BERSUARA, TAK TERTULIS, TAK TERPUTUS,
WALAUPUN BERJAUHAN...TAK BERUBAH..
WALAUPUN MASA BERLALU…..

Permulaan ungkapan aku ini adalah jutaan kata-kata manis yang digunakan untuk menerang kan betapa tinggi erti persahabatan dalam hidup berkawan manusia masa kini. Adakah kawan sejati itu wujud? tertanya-tanya aku tercari-cari aku.
Aku mengenali mr A(salah seorang member) sudah lama tapi mula rapat pada aku tingkatan 4. Mr J & Mr F (member jgak) sudah lama aku berkawan sejak dibangku sekolah rendah lagi. Walaupun A masih baru aku kenali berbanding J&F aku lebih jauh lebih rapat dengan A. banyak kisah duka gembira kami kongsi bersama. Kami semua sememangnya agak rapat seperti adik beradik malah aku lebih rapat dengan mereka berbanding adik beradik malah saudara aku yang lain. Tiada rahsia antara kami. Segalanya kami kongsi bersama dan antara kami juga ada banyak persamaan. Minat kami agak berlainan seperti genre music, hobi, tapi itu bukan penghalang untuk kami terus akrab.
Aku dan A sering juga bergaduh tapi kami pasti akn baik kembali. Kadang-kadang bila lama tak bertegur aku rasa agak bosan tanpa dia sebab dia seorang member yang agak pendengar yang baik. Sering berkongsi cerita dan penasihat yang agak bagus, J&F agak hati kering aku jarang bergaduh dgm mereka dan aku tak reti nak gaduh pun dengan mamat 2 ekor ne. hubungan aku gan mamat 2 ekor ne agak baik walau sentap apa2 pun dari kata-kata celupar mereka aku just ignore ja. Buat tak dak perasaan. Merajuk pun bukan diorang nak pujuk buang Karen ja.
Ada satu benda yang buat kami rapat malaupun ramai kawan2 aku datang dalam hidup aku tetapi kami berempat tetap kekal. Datanglah sapa pun orang lain pasti akan datang dan pergi dan kami berempat tetap bersama. Minat kami berkongsi satu walaupun genre muzik filem kami berlainan minat. Minat itu biar tuhan saja yang tahu.
Sejak akhir-akhir ni hidup A agak hebat, ramai kenalan mula dia kenali. Hidup dia dah mula capai satu kegemilangan. Semua orang yang baru dia kenali mula menggemari nya. Kawan nya tok sah cerita memang agak banyak. Sebahagian besar kawan2 nya menjadi kawan kami jugak berempat keluarga kawan kami mula membesar ini ditambah pula kenalan-kenalan F kenalan J semuanya menjadi komuniti yang agak besar dengan bermcm peragai, minat, dan jantina.
Sudah lumrah alam apabila kedudukan kita agak tinggi, status kita gak baik kita akan mula lupa diri. A yang aku kenali sudah mula berubah. Ini bermula dengan pergaduhan kecil akhir tahun lalu sikap dia mula hambar. Jika sebelum ini jika aku dan A bergaduh dia akan mula dtg cari aku sometimes say sory or alse… tp skrag statement dia ‘aku sekarang macam tak kisah kalau hampa nak buat apa kat aku dah tak emosional mcm dulu’ wah statement agak kerek kalau dulu orang tegur emo skrg dah tak kisah. Ya la kawan kan ramai. Kalau aku tak nak kawan pun tak kisah la. Berlambak orang boleh kawan dia. Kadang2 mungkin kenyataan aku ni orang anggap aku emosional tp korang semua bukan ditempat aku. Hanya tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa. Bagi A maybe dia x penah perasaan semua ne coz normal la kalau kita buat kat orang kita ni perasaan ka.
Hilang sedikit sebanyak aku dah hilang A yang pernah aku kenal dulu. Dia dah berubah dia baru. A lama dah tak ada dan x mungkin akan ada kembali. Walupun sampai sekarang aku masih rapat dengan A tp dia dah lain tak mcm dulu… biarlah hukum karma yang buat A sedar…what come around goes around.

PERSAHABATAN UMPAMA SEJAMBAK BUNGA
ANDAI IA TERLERAI BISA DIGUBAH SEMULA
NAMUM….
TAK KAN SEINDAH GUBAHAN PERTAMA….

Monday, April 27, 2009

Pinjaman


PAGI YANG INDAH
SEPERTI BIASA APABILA ALARM CLOCK BERBUNYI TEPAT PADA 5.50 PAGI AKU AKAN MENCUBA SEDAYA UPAYA AKU UNTUK BANGUN MENGHADAPI HARI AKU. HARI ISNIN WAKTU TERAKHIR AKU BERKERJA KERANA KEESOKAN HARINYA AKU CUTI. AKU CUBA SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENYIAPKAN DIRI CAPAI HELMET AKU DAN BLAH KE TEMPAT KERJA YNG SELALU NYA MEMAKAN MASA 10 MINIT PERJALANAN DARI RUMAH. SEPARUH PERJALAN AKU SEBELUM SAMPAI AKU SUDAH PUN DICURHKAN DENGAN AIR HUJAN SAMPAILAH TEMPAT KERJA AKU. MASUKLAH AKU DENGAN SEPARUH BASAH. PAGI ITU AKU AGAK CEPAT SAMPAI KERANA SEBAHAGIAN BESAR ORANG YANG BEKERJA SAMA SHIFT AKU KEBANYAKKAN MASIH BELUM TIBA. HARI INI HANYA 2 ORANG BERKERJA AKU DAN TEAM LEADER AKU SAHAJA.. AKU TERUS LAKUKAN RUTIN BIASA DAN SECEPAT MUGKIN MASUK KEDALAM FLOOR AREA. KEADAAN AGAK KELAM KERANA TAK SEMUA LAMPU DI ON KAN SELEPAS SELESAI MELAKUKAN KERJA AKU KE KAUNTER SEPERTI BIASA DAN TEAM LEADER AKU PUN SEDANG SIBUK MELAKUKAN SESUATU KERJA.

PAGI ITU AKU DIKEJUTKAN DENGAN BERITA SEORANG DARI KAWAN BAIK AKU DITUKARKAN KE DEPARTMENT LAIN. SEORANG DARI KAWANNYA ENGGAN BERCERITA KENAPA DIA DITUKARKAN, ITU BUAT AKU DAN TL AKU TERTANYA2. PERKARA ITU BERLAKU SEMALAM SEDIH HATI AKU MENDENGARNYA. MENANGIS KAWN AKU SEMALAM TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN. WALAUPUN DIA DITUKARKAN DEPARTMENT LAIN BUKANYA DIBERHENTIKAN IA BUAT AKU TERFIKIR SEJENAK MENGENAI HIDUP INI.

AKU SELAU BERFIKIR TENTANG MASA DEPAN. KARIER AKU YANG KADANG2 BAGAIKAN RODA BERPUTAR YNG KADANG2 DIATAS KDG2 DIBAWAH INI TERMASUK JUGA DENGAN HIDUP AKU. APA SAJA YANG BERLAKU PADA KITA SAMADA KE ATAS DIRI KITA SENDIRI ATAU ORANG LAIN BUAT KITA SEDAR BAHAWA APA YANG KITA ADA KINI SEMUANYA PINJAMAN DAN EHSAN DARI SESUATU YANG BERKUASA.

Sunday, April 19, 2009

LOST BOY


LOST BOY ungkapan indah untuk manusia yang hilang arah hidup terutamanya cita-cita bukan budak yang hancur tapi budak yang sudah hilang harapan untuk mencapai cita-citanya. Masa depan masih ada ruang untuk diubah jangan give up berusahalah untuk berjaya. Higher educations bukanlah factor utama untuk berjaya dalam hidup tapi usaha. Tak kira dimana kita berada kita mesti beri sepenuhnya komitmen pada kerja tu event as a cleaner..

MENJADI BAIK


KADANG2 AKU RASA AKU TERLALU BAIK DGN MANUSIA. YA MANUSIA BUKAN HAIWAN, SALAH SATU CIPTAAN MANUSIA YG AGAK TERBAIK BERAKAL & BEROTAK. KAWAN, BENAR JGAK APA YG ORG CAKAP NO MATTER WHAT OUR FAMILY IS OUR PRIORITY AKU PATUT PEGANG PADA KATA2 NE KAWAN TETAP ORANG LUAR EVENT VERY CLOSE WITH US… DUNIA NE KADANG TERLALU BOSAN DAN MENCABAR, KADANG2 AKU RASA TAKUT DGN DUGAAN TUHAN, AKU TAKUT AKU TAK CUKUP TABAH MENGHADAPINYA.
KAWAN YG TERBAIK IALAH INDIVIDU YG SANGGUP BERSUSAH PAYAH DGN KAWANNYA YG LAIN. ITU YG DIPANGGIL SAHABAT SALAH SATU GELARAN @ PANGKAT YG AGAK TINGGI DALAM HIDUP BERKAWAN. MCM MANA KTA NAK TERIMA KAWAN YG SANGGUP TINGGAL KITA SEWAKTU MEREKA INGIN BERSERONOK BUKANKAH PERLAKUAN ITU SATU PERKARA YG AGAK MELAMPAU. HAMPIR SEPARUH HIDUP AKU KINI AKU BERKWAN DGN INDIVIDU YG SAMA, DAN SEMENJAK – DEMENJAK NE AKU RASA AGAK TIDAK MENGENALI KWN2 AKU. TERLALU BYK PERUBAHAN PADA MEREKA, BILA TIMBUL INDIVIDU2 ASING SEOLAH-OLAH KITA DIPINGGIRKAN, TERASA ‘WOW’ OF COURSE LA, AS A HUMAN BEING NOT A PIG… SABAR MUNGKIN INI DUGAAN… HIDUP TANPA MASALAH IBARAT MEMANDU DI JALAN LURUS, TANPA CABARAN KITA MUNKIN KURANG BERFIKIR RIGHT…

Monday, April 6, 2009