Thursday, December 25, 2008

KERJA KERAJAAN


Kerja kerajaan & orang melayu

Umum tahu bahawasanya sebahagian besar sektor pekerjaan awam yakni kerja kerajaan dikuasai oleh kaum bumiputera Malaysia.
Yang ingin disampaikan disini kenapa perlu wujud system kroni?
Adakah saudara faham mengenai system kroni ini?
disini saya jelaskan

Sebahagian besar pekerja2 dalam bidang kerajaan kini lebih kepada individu yang mempunyai talian atau kroni yang bekerja dalam sektor kerajaan juga ini lebih dikenali sebagai ‘cable’. Cable ialah satu istilah perkataan dalam masyarakat yang merujuk kepada individu yang membawa masuk seseorang kedalam pekerjaan, mahupun belajar, selalunya individu tersebut mempunyai pengaruh yang agak baik dalam firma2 maupun agensi2 dalam kerajaan, tidak kiralah samada sektor awam sehinggalah kepada unit2 beruniform dalam kerajaan.

Persoalannya kini adakah hanya individu yang mempunyai cable cable ini sahaja yang layak bekerja dalam kerajaan. Kenapa perlu wujud ini semua tidakkah proses pengambilam pekerja perlu lebih natural iaitu siapa yang layak dan bernasib akan mendapat kerja itu.dari pengalam yang saya hadapi sebahagian besar calon2 yang tidak dapat bekerja dalam kerajaan kerana telah diisi oleh orang2 ber’cable’ ini jauh lebih layak dan berkomitmen lebih baik tapi mereka tidak mempunyai cable. Sebaliknya kerja2 itu diisi oleh orang yang kurang kelayakan nya tapi di layakkan kerana factor cable itu tadi telah melayakkan nya. System cable atau kroni ini lebih banyak lagi digunakan dalam system pengambilan pekerja bagi kerajaan tempatan seperti majlis majlis perbandaran daerah mahupun bandaraya hanya anak beranaknya kenalan 2 dan sahabat handal yang layak bekerja walaupun sememangnya tidak layak langsung. Diamabil bekerja. Adakah ini adil bagi sebuah Negara islam seperti Malaysia. Masalahnya kini sampai bila kerajaan hendak membiarkan system cable ini digunakan? Kemana keadilan untuk rakyat? Kenapa tidak pengambilan pekerja ini dilakukan lebih telus dan adil.

Malaysia way ‘sudah terhantuk baru tergadah’ munkin sampai satu tahap rakyat tidak berpuas hati dan demonstrasi jalanan diadakan barulah perkara ini akan di bincangkan di parlimen kelak.

No comments:

Post a Comment