31 ogos 2008 genaplah umur Malaysia 51 tahun di bawah pimpinan kaum peribumi melayu sesudah hamper ratusan tahun dijajah kuasa barat seperti portugis, belanda dan british. Walaupun hamper 50 tahun rakyat Malaysia hidup bersama berkongsi Negara, dengan kaum terbesar melayu,cina, dan India jurang antara kaum masih dapat dirasai sehingga ke hari ini, tidak kirah lah samada tempat tinggal,sector pekerjaan dan juga sekolah masih wujud perbezaan kaum di Malaysia. Persoalannya kini mampukah rakyat Malaysia di bangsa malaysiakan? Seperti mana yg berlaku di negara2 berbilang kaum seperti America atau jiran tetanga kita Indonesia. Sehingga hari ini kita masih merasa perbezaan kaum itu, seperti mana yang kita tahu diskriminasi kaum masih wujud dalam Malaysia kini. Contohnya dalam bidang pekerjaan sebahagian besar firma2 besar milik masyarakat cina umumnya lebih mengutamakam bangsa2 cina utk bekerja dengan mereka berbanding dgn bangsa lain seerti melayu dan India. Rata-ratanya peluang kenaikan lebih di utamaka kepada bangsanya walaupun potensi bekerja orang bukan cina jauh lebih baik. Bagi masyarakat melayu, kerja kearajaan adalah satu tiket terbaik utk menempah masa hadapan dan sebahagian besar kaum melayu menguasai bidang pekerjaan ini, cara mudah unuk hidup senang tanpa perlu berusaha hasilnya tidaklah sekaya mana Cumalah jaminan kewaangan sampailah hembusan nafas terakhir.
Daripada pengalaman hidup saya kaum2 bukan melayu lebih cenderong menolong bangsa mereka sendiri. Mereka akan sebaik mungkin menolong bansa mereka tak kiralah samaada dari segi keewangan mahupun peluang kenaikan pangkat dalam alam pekerjaan. Mereka lebih mengutamakan bansa mereka walaupun potensi bangsa lain jauh lebih baik, ini yang dikatakan tolong bansa. Berbeza dengan kaum peribumi umumnya melayu sikap menolong bansa ini amatlah kurang sebaliknya lebih kepada kaum keluarga, kerabat, dan sahabat handal. Tidak ramai kaum melayu yang menolong bangsanya dan rata2 sikap orang melayu ini lebih kepada cemburu, dengki dan hanya menjaga kroninya sahaja. Dan sebahigian orang melayu yang senang dan berpangkat ataupun sekadar bekerja dalam sektor kerajaan mempunyai sikap yang angkuh. Ini saya lihat sendiri berdasarkan kepada pengalaman hidup saya bekerja dengan org awam. Kenapa kaum melayu perlu angkuh tidak kah mereka sepatutnya sedar tanggungjawag menjaga bansa iti satu kewajipan pada mereka tambahan pula hidup di Negara berbilang kaum seperti Malaysia. Janganlah kerana kita masih berketuanan dalam politik itu sudah memadai. Apa yang dicapai oleh kaum melayu kini bukan lah satu pencapaian yang terbaik kerana sebahagian besar ekonomi Malaysia di kuasai oleh orang bukan kaum bumiputera. Kenapa sehingga kini orang melayu masih terlena tanpa jaga. Sebahagian besar orang2 melayu masih alpa tentang masa depan Negara dan bansa dengan tidak meletakan ini semua satu keutamaan dalam hidup mereka.mahukah melayu Malaysia hidup sepertimana jiran terdekat kita iaitu singapura. Hampir tidak mempunyai apa2 sekadar tinggal dan bekerja, tiada hak dalam ekonomi jauhlah sekali politik. Itulah yang akan terjadi jikalau orang melayu masih alpa dengan masa depan.
Weight Loss : Hari Ke-14
8 years ago

No comments:
Post a Comment